Most Read
Most Commented
Read more like this

Dup dap, dup dap ... Semakin hari semakin dekat. Degup jantung sentiasa berdebar-debar, adakah Pak Lah bersedia mengetuai pertempuran yang diramalkan akan menjadi medan pertempuran terburuk dalam sejarah?

Bermula Februari 2007, ramalan demi ramalan dibuat mengenai tarikh pilihanraya umum, tetapi Pak Lah masih lagi was-was bila Parlimen sepatutnya dibubarkan. Peramal dalam media Internet amat terkehadapan dalam meramalkan tarikh pilihanraya terutamanya melalui ‘The Toyol Code 2006’. Ada yang meramalkan bulan Mac, Mei, Jun, Julai, September, November 2007, Mac 2008 dan yang terbaru sebelum Tahun Baru Cina.

Pak Lah seakan akan menunggu satu ’suasana yang aman’ bagi menghadapi pilihanraya ini. Tetapi nak tak nak, ia menjadi seperti angan-angan. Satu persatu isu timbul ’secara sengaja dan tidak sengaja’. Bermula dengan mengharapkan ’kerahmatan’ bajet 2008 tetapi akhirnya ditenggelami isu Batu Burok. Pelbagai cara untuk mengabui mata rakyat, tetapi ia seakan akan gagal.

Pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), sedikit demi sedikit, menampakkan kegagahan dan kesediaannya untuk menghadapi pertempuran dalam pilihanraya nanti. ‘Mood’ yang cukup memberangsangkan inilah yang membimbangkan Pak Lah untuk mengisytiharkan pilihanraya ini.

Malah, secara tiba-tiba nama DSAI timbul kembali dalam arena politik tanahair (setelah beberapa kali menyesakkan nafas para penyokong pembangkang mengenai kesediaanya mengetuai barisan pembangkang). Alhamdulillah bermulanya cabarannya terhadap Datuk Najib Tun Razak dalam isu Altantuya, dituruti isu kehakiman, isu Hindraf, sehingga yang terbaru isu penyelewengan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) .

Dikhabarkan, ada dua isu besar yang akan dibongkarkan yang boleh menyebabkan Pak Lah menunda tarikh pilihanraya nanti dan membolehkan tarikh pilihanraya melepasi tarikh pembebasan mutlak DSAI pada April 2008.

Tibanya tahun 2008 pastinya lebih ‘menyegarkan’ pihak pembangkang yang menanti isu yang boleh ‘menelan’ jiwa rakyat, iaitu kerakusan kerajaan Pak Lah yang tidak sanggup ’menahan’ kenaikan harga minyak. Kezaliman kenaikan harga minyak sebanyak RM0.30 awal 2007 pastinya masih terasa yang telah mengakibatkan kesan kenaikan harga barang barang keperluan terutamanya barang dapur.

Tentunya rakyat Malaysia masih ingat, walaupun 2-3 minggu ‘tentera retorik BN’ sepertimana yang dilaporkan didalam akhbar akhbar untuk memerangai serta menangani supaya harga barang tidak naik, tetapi ia tetap retorik.

Menjelang tahun 2008, Malaysia dihadiahkan sekali lagi oleh S Samy Vellu kenaikan harga tol di beberapa tempat. Yang pasti tahun 2008 nanti, beberapa barangan keperluan pasti akan naik harga. Gambaran pantun yang dipetik dari Internet dapat memberi gambaran kenaikkan harga barang nanti.

‘Roti oh roti kenapa harga naik?

Macam mana aku tak naik, tepung naik, harga tepung naik

Ikan oh ikan kenapa harga naik?

Macam mana aku tak naik, tambang lori naik, tambang lori naik

Lori oh lori kenapa tambang naik?

Macam mana aku tak naik, harga diesel naik, harga diesel naik

Minyak masak oh minyak masak kenapa harga naik?

Macam mana aku tak naik, harga sawit naik, harga sawit naik

Tol oh tol kenapa engkau naik?

Macam mana aku tak naik, konsesi agreement sudah setuju

Konsesi agreement oh konsensi agreement kenapa tol naik

Macam mana aku tak naik, Samy sudah setuju, Samy sudah setuju


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS