Most Read
Most Commented
Read more like this

Isu kafir mengkafir timbul kembali apabila Amanat Haji Hadi begitu panas dibahaskan. Ada yang mencadangkan suatu muzakarah diadakan mengenainya dan ada pula yang mencadangkan suatu tindakan undang-undang diambil terhadap Haji Hadi sendiri.

Pada hemat saya,persoalan yang timbul adakah amanat tersebut benar-benar bersifat mengkafirkan orang lain dan mendorong menjadi perpecahan umat Islam sekarang.

Untuk menguraikan polemik ini perlu dilihat apakah pandangan syarak mengenai permasalahan ini. Saya suka untuk memperuntukkan ruangan yang terhad ini untuk mengupas permasalahan tersebut menurut kapasiti peruntukan akademik saya tanpa dibatasi oleh kepentingan mana-mana pihak.

Sebenarnya isu kafir mengkafir sudah pun berlaku semasa zaman Imam As Syahid Hassan Al-Banan lagi.Agresifnya kebangkitan jamaah Islam pada masa itu menyebabkan segelintir umat Islam biasa mengkafirkan orang lain sewenang-wenangnya.Mereka berbuat demikian tidak terhad kepadarisalah-risalah,majalah-majalah,ceramah-ceramah,kelas-kelas pengajian hatta sehinga ke mimbar-mimbar masjid.

Oleh itu, Islam melihat perkara ini dengan berhati-hati dengan melarang mengkafirkan seseorang sehinggalah diyakini bahawa orang itu benar-benar kafir. Kebiasaan kafir mengkafir meninggalkan kesan buruk bukan sahaja kepada si penuduh malah turut terlibat juga orang yang ditudih itu.

Kesan negatif ini dinyatakan oleh Rasulullah dalam sabdanya: "Mana-mana lelaki yang berkata kepada saudaranya:Wahai si Kafirmaka kekafiran itu tetap akan terkena kepada salah seorang dari keduanya". Jelas sekali keannya itu boleh mengakibatkan porak perandanya masyrakat kerana budaya ini dianggap sebagai gejala sosial yang bernanah dan merosakkan institusi sosial masyrakat.

Untuk itu Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Al-Fatawa berpandangan "Sesiapa yang telah thabit(jelas) Islamnya dengan yakin, tidak hilang sifat Islamnya dengan syak sahaja.Bahkan tidak hilang melainkan selepas didirikan hujah dan dihilangkan syubhat"

Perlu diberi perhatian, menghukumkan seseorang itu kafir tidak boleh berlandaskan hawa nafsu dan syak tetapi perlu didasari dengan hujah yang jelas dan bukti yang nyata.

Seseorang itu dikatakan memeluk agama Islam selepas mengucap dua kalimah shahdah.Dua kalimah shahadah ialah fakta jelas yang menunjukkan seseorang itu sudah Muslim dan tidak ada perkara yang meragukan selagimana tidak dibuktikan sebaliknya.

Justeru orang yang tidak melakukan tuntutan-tuntutan dalam Islam dan melakukan maksiat terhadap Allah tidak boleh dihukum kafir selagi mana dia tidak syirik akbar.Maksudnya jika tidak syak lagi bahawa seseorang itu telah melafazkan kalimah kufur atau menyembah selain daripada Allah yang Maha Esa maka barulah seseorang itu dianggap kafir.

Buktinya,surah An-Nisa:47 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa orang yang menyekutuinya tetapi dia mengampunkan dosa yang selain daripada itu."

Ayat ini jelas sekali menunjukkan bahawa seseorang itu tidak kafir dengan melakukan maksiat selama mana beliau tidak syirik akbar. Bahkan sesungguhnya rahmat dan keampunan Allah melingkungi orang yang melakukan maksiat tersebut dengan kehendak Allah.

Persoalannya sekarang dalam keadaan manakah seseorang itu boleh dianggap kafir?

1) Berikrar dengan kalimah kufur

Misalnya dia berkata:"Dia kufur dengan Allah dan tidak mengakui risalah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

2) Engkar kepada sesuatu yang telah disepakati hukumnya dalam agama.

Misalnya hukum sembahyang,zakat,puasa dan zina dimana manusia yang jahil pun sudah sedia maklum hukum kepada perkara-perkara tersebut.

3) Mendustakan kenyataan Al-Quran

Al-Quran menjadi asas petunjuk kepada umat Islam. Jika dia mendustakan tentang kewujudan nabi Ismail, Ibrahin Hud atau Soleh maka dia mempertikaikan kenyataan dan keterangan yang terdapat didalam Al-Quran.Maka orang seperti ini boleh dihukumkan kafir.

4) Penafisran Al-Quran mengikut hawa nafsu dan palsu

Contohnya seperti menafsirkan kenikmatan syurga dan siksaan neraka sebagai khayalan dan berlaku di alam roh dan maknawi sahaja.Selain itu menafsirkan penutup para nabi itu sebagai wujudnya nabi lain selain daripada nabi Muhammad S.A.W.

5) Melakukan sesuatu perkara yang boleh ditafsirkan sebagai kekufuran.

Misal yang paling jelas ialah seseorang yang lari kepada golongan kuffar dan membantu mereka melawan Islam dan umatnya. Ayat Al-Quran menjelaskan situasi ini di dalam surah Al-aidah:51 yang bermaksud "Barangsiapa yang menjadikan mereka golongan kuffar sebagai wali maka dia adalah dari golongan mereka".

Oleh yang demikian, panduan ringkas ini diharapkan dapat membantu muzakarah yang akan dilaksanakan, begitu juga dengan tindakan undang-undang yang akan diambil.

Biarlah tindakan itu nanti berlandaskan kepada hukum syara' yang sebenarnya dan lunas undang-undang yang tepat demi perpaduan umat Islam di negara kita.

ADS