Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Menteri Pengangkutan Datuk Sri Chan Kong Choy harus mengambil inisiatif untuk berada dalam komuter KTM bagi menilai betapa pihak pengurusan KTM Berhad gagal menitikberatkan keselamatan dan keselesaan penumpang.

Ini yang terjadi apabila pihak KTM sama ada 'sengaja atau tidak sengaja', membenarkan penumpang bersesak-sesak dalam komuter macam 'sardin dalam tin' pada waktu puncak antara jam 5 petang hingga 7 malam.

Ini adalah pengalaman penulis sendiri pada jam 6.17 petang Jumaat 18 Januari 2008 semasa menaiki komuter tersebut dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang. Penulis turun di stesen Subang Jaya.

komuter passengers Apa yang diperhatikan ialah pihak KTM menyediakan tiga koc dengan 'memuatkan' penumpang yang dianggarkan 100 orang bagi setiap koc - dengan kira-kira 50-70 penumpang lelaki dan perempuan

terpaksa berdiri sepanjang perjalanan ke destinasi masing-masing.

Ini bermakna lebih kurang 300 penumpang telah 'disumbatkan' ke dalam tiga koc bagi satu-satu perjalanan menghala ke Pelabuhan Klang yang dianggarkan mengambil masa 45 minit perjalanan.

Lebih menyulitkan ialah sistem penghawa dingin tidak berfungsi dalam keadaan penumpang penuh sesak.

Kementerian Pengangkutan harus menetapkan satu 'standard' berapakah kapasiti selamat bagi penumpang untuk setiap koc agar KTM tidak 'menyumbatkan' seberapa ramai penumpang yang boleh bagi satu-satu perjalanan tersebut, khususnya pada waktu puncak.

Bayangkan berapa ramai yang bakal menghadapi risiko kemalangan jiwa dan kecederaan sekiranya berlakunya sebarang insiden kegelinciran keretapi kerana penumpangnya terlalu ramai.

ADS