Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah: Saya juga manusia biasa...
Diterbitkan:  Mar 15, 2009 10:25 PM
Dikemaskini: Mar 16, 2009 5:43 AM

Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau "terkejut" dengan serangan-serangan musuh politik yang cuba mengaitkan beliau dan suaminya, dengan satu kes pembunuhan sensasi.

najib and rosmah 250608 02 Tetapi isteri Datuk Seri Najib Tun Razak - yang bakal dilantik sebagai perdana menteri bulan depan itu - menolak tanggapan bahawa tuduhan tersebut boleh menyelubungi pentadbiran suaminya dan berkata pengalaman membuat mereka menjadi lebih tabah.

"Bila saya mendengar mengenai perkara-perkara yang tidak menyenangkan itu, saya terkejut, saya tidak dapat bayangkan ada orang seperti itu di dunia ini, dan tidak pula merasa bersalah apabila membuat hidup orang ain sengsara," katanya kepada AFP dalam satu wawancara baru-baru ini.

"Tetapi bagi saya, saya tidak terganggu dengan semua ini kerana saya tahu mereka akan lakukan apa sahaja untuk menghalang suami saya daripada menjadi (pemimpin), dan mereka memilih cara yang salah," katanya.

Tahun lalu, Najib menafikan mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang mati dibunuh pada 2006. Mayatnya telah diletupkan di sebuah kawasan hutan.

Manakala rakan karib Najib, yang mengaku mempunyai hubungan dengan Altantuya, telah didakwa atas tuduhan bersubahat dalam penubuhan wanita Mongolia itu, tetapi dibebaskan kemudiannya.

Baca berita penuh

ADS