Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rasuah: SPRM tahan ADUN PKR
Diterbitkan:  Mar 26, 2009 2:21 PM
Dikemaskini: 2:47 PM

kemaskini 7.05pm Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan timbalan I ketua menteri Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Syukri Abdul berkata Mohammad Fairus Khairuddin dikesan di kompleks imigresen Johor malam tadi sebelum dibawa ke pejabat SPRM Johor untuk diambil keterangan.

ADUN PKR itu dalam perjalanan ke Singapura ketika beliau dikesan pegawai imigresen, tambahnya.

"Rakaman percakapan Mohammad Fairus direkodkan pagi ini," kata Syukri kepada Bernama hari ini.

"Usaha mengesan beliau dibuat sejak 19 Mac lepas berhubung dakwaan kes itu."

ADUN Penanti dibebaskan jam 4 petang tadi.

Pada 27 Feb lepas, ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmat mendakwa terdapat pemimpin PKR Pulau Pinang menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Minggu lepas, SPRM negeri mengambil keterangan beberapa individu

berhubung kes itu.

Menurut agensi berita itu lagi, Pengarah SPRM Johor Simi Abdul Ghani enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Mohammad Fairus itu kerana sedang berada di luar Johor.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada SPRM untuk memjalankan siasatan.

Sabtu lepas, Mohammad Fairus mengemukakan peletakan jawatan sebagai timbalan I ketua menteri dan anggota exco negeri, berkuatkuasa 8 April.

Baca berita penuh

ADS