Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Orang lama PKR Jerai lawan Manikumar di Bkt Selambau
Diterbitkan:  Mar 30, 2009 12:43 PM
Dikemaskini: 10:52 AM

PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500 anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada parti berkenaan, lapor Bernama .

Kalaivanar kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau 7 April ini. Kempen bermula selepas penamaan calon semalam.

bukit selambau by election b kalaivanar quits pkr pc 300309 04 Beliau berkata, mereka bertindakan keluar beramai-ramai kerana

hilang kepercayaan terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah berkata itu berkata, kesemua anggota yang keluar parti itu akan berkempen menentang calon PKR dalam pilihanraya itu.

Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan antara calon muka baru PKR, S Manikumar, calon BN Datuk S Ganesan serta 13 calon bebas.

Pada 20 Mac lalu, sewaktu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya itu, sekumpulan kecil ahli dari bahagian Merbok menyuarakan bantahan mereka.

Mereka dipercayai menyokong K Masilamani yang disenaraipendek untuk bertanding atas tiket PKR.

Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang.

bukit selambau s ganesan jogging campaign 300309 03 Sementara itu, Ganesan memulakan kempennya dengan berjoging sejauh enam kilometer sambil mengedarkan risalah memperkenalkan dirinya kepada pengundi di sekitar kawasan perumahan Cinta Sayang, lapor Bernama .

Beliau, yang ditemani isterinya R Vatsala mula berjoging mulai 7 pagi, kelihatan bersemangat memulakan hari pertama berkempen.

"Untuk lebih bertenaga dan meningkatkan prestasi, saya mesti kerja kuat supaya boleh berkhidmat dengan baik... saya merasa sangat positif," bekas ADUN Lunas dipetik berkata.

Naib pengerusi MIC Kedah kemudiannya mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik gerakan BN Merbok sebelum mengadakan lawatan bersama ke Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sungai Tukang.

Ganesan berkata beliau akan memberi fokus kepada kemajuan pelajaran kerana hanya pelajaran boleh memajukan masyarakat India serta mengubah taraf hidup keluarga masing-masing.

Baca berita penuh

ADS