Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengadakan jamuan majlis perpisahan untuk kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Kira-kira 100 kakitangan dari tingkat satu hingga tingkat lima bangunan JPM menghadiri jamuan tersebut.

pak lah final day briefing to pm office staff 020409 03 Abdullah dan isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah tiba di dewan jamuan kira-kira jam 1.15 tengahari dan menerima tepukan kakitangan berkenaan.

Hadir sama ialah penasihat agama Abdullah, Datuk Abdullah Mohd Zain yang turut membacakan doa selamat di majlis tersebut.

Berucap di majlis tersebut, Abdullah berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada kakitangan JPM yang bekerja sepanjang beliau menjadi perdana menteri.

"Saya bagi pihak Jeanne dan Datin Seri Endon Abdullah mengucapkan terima kasih kepada kakitangan.

"Kalau ada apa-apa salah dan silap, saya memohon maaf.

"Saya juga mengucapkan selamat jalan kepada kakitangan yang sudah habis bekerja," katanya.

Kepada kakitangan lain, Abdullah mahu mereka bekerja dengan cekap, bersungguh-sungguh dan cekap.

Perdana menteri dijadualkan mengadakan majlis perpisahan dengan kakitangan Kementerian Pertahanan petang ini.

Beliau dijadual menyerahkan tugas sebagai perdana menteri kepada penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

ADS