Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kecoh gara-gara 'pengundi hantu'
Diterbitkan:  Apr 7, 2009 3:24 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Kekecohan tercetus apabila penyokong PAS menghalang penumpang turun dari sebuah bas yang berhenti di SK Panglima Bukit Gantang kerana mengesyaki mereka pengundi hantu.

Menurut saksi, bas dengan nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu tiba kira-kira jam 1.15 tengahari tadi, penuh dengan penumpang wanita.

Bas tersebut berhenti di depan sekolah tersebut - yang dijadikan pusat pembuangan undi bagi pilihanraya Bukit Gantang - dan ketika penumpang turun, mereka dihalang oleh kumpulan penyokong pembangkang itu.

Saksi itu berkata, apabila penumpang bas ditanya sama ada hendak pergi mengundi, mereka berkata "tidak tahu".

Susulan itu, kata saksi lagi, berlaku kekecohan antara penyokong PAS dan BN. Bas tersebut kemudian beredar dari situ tetapi beberapa penyokong PAS kelihatan mengekorinya.

Sewaktu kekecohan itu berlaku, seorang penyokong BN kelihatan membaling botol air ke arah penyokong PAS.

Empat trak anggota polis pencegah rusuhan FRU tiba pada kira-kira jam 1.30 tengahari dan bas tersebut dipandu masuk ke kawasan bilik gerakan Umno.

ADS