Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kepong balai: Pelajar perempuan ditahan kes SMS hasutan
Diterbitkan:  Apr 24, 2009 6:00 PM
Dikemaskini: 12:43 PM

Seorang pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Yunus Sulaiman di Pekan Nanas ditahan polis hari ini kerana disyaki terlibat dalam penyebaran SMS berbau hasutan, Isnin lalu.

Pelajar itu, 16, yang datang bersama bapanya ke ibu pejabat polis daerah Pontian tengah hari tadi ditahan berikutan aduan polis malam Selasa lepas setelah lelaki itu, 47, menerima satu mesej mengenai

suasana yang tidak selamat berikutan rusuhan kaum di Pekan Nanas, lapor Bernama .

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang mengesahkan penahanan tersebut berkata polis memandang serius perbuatan menyebar SMS "liar" dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Isnin lepas, seorang pelajar tingkatan satu sekolah tersebut telah ditampar oleh seorang pelajar tingkatan lima selepas dia secara tidak sengaja terlanggar bahu pelajar berkenaan.

Berikutan itu, bapa pelajar tingkatan satu itu membawa tiga rakannya ke sekolah berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu tetapi dihalang oleh seorang guru, yang dipercayai bapa kepada pelajar yang seorang lagi, sehingga berlaku pergaduhan antara kedua-duanya.

Polis kemudiannya menahan bapa pelajar tingkatan satu itu.

Penyebaran SMS telah menyebabkan lebih 1,000 orang mengepung balai polis itu sehingga hampir mencetuskan rusuhan dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah dikerahkan untuk menghalang orang ramai daripada masuk ke dalam balai.

Musa, yang ditemui selepas menghadiri mesyuarat ketua-ketua

logistik Polis Diraja Malaysia, berkata masalah itu timbul

akibat campur tangan pihak luar dalam urusan disiplin di sekolah.

"Biarlah guru yang mendisiplinkan murid melalui cara yang boleh diterima oleh ibu bapa," katanya.

Menurutnya lagi, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di Pekan Nanas bagi menerangkan perkara sebenar.

Seorang lelaki, Ker Pyad Earnn, 36, didakwa di Mahkamah Majistret

Pontian semalam terhadap empat pertuduhan termasuk menceroboh kawasan sekolah dan mencederakan dua pelajar serta seorang guru.

Dua orang lelaki telah ditahan pada 1.40 pagi tadi kerana kesalahan menceroboh kawasan sekolah itu, manakala seorang lagi lelaki sedang dicari polis.

ADS