Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liow: Tiada lagi 'selesema babi'
Diterbitkan:  May 1, 2009 7:30 PM
Dikemaskini: 11:39 AM

Kementerian Kesihatan mulai sekarang akan merujuk wabak selesema babi sebagai influenza A (H1N1) seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow

Tiong Lai berharap media akan menggunakan istilah baru itu bagi tujuan penyeragaman, lapor Bernama .

"Dengan penyeragaman nama wabak influenza A(H1N1) ini, ia akan memudahkan laporan, berita akan lebih tepat, dan tidak akan menimbulkan kebimbangan kepada mana-mana pihak," katanya selepas mengadakan wawancara di stesen Radio Star FM hari ini.

Liow berkata siasatan WHO mendapati penyebaran wabak itu bukan

berpunca daripada kandang-kandang babi yang terletak berdekatan desa di Mexico, negara pertama wabak itu tercetus.

Tambahnya, kementerian menempatkan alat pengimbas di balai ketibaan lapangan terbang KLIA dan terminal LCCT di Sepang bagi melakukan saringan kesihatan terhadap penumpang.

"Setakat ini kami hanya menjalankan saringan kesihatan terhadap penumpang dari negara yang dilaporkan berlakunya kes influenza A (H1N1) seperti Mexico, Amerika Syarikat dan negara Eropah," Liow dipetik berkata.

Agensi berita itu juga melaporkan, tiada tanda jangkitan influenza A (H1N1) dikesan di kalangan 829 penumpang daripada 16 penerbangan antarabangsa yang menjalani saringan kesihatan semalam.

Kementerian juga dilaporkan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mempergiatkan aktiviti saringan kesihatan di kesemua pintu masuk negara yang utama.

Pengarah kawalan penyakit kementerian, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman juga berkata, sehingga semalam tiada laporan kes yang disyaki melibatkan wabak berkenaan, manakala pemantauan penyakit selesema di semua fasiliti perubatan dan kesihatan di seluruh negara juga mendapati tiada peningkatan kes.

ADS