Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perdebatan PAS disiar langsung
Diterbitkan:  May 14, 2009 5:18 PM
Dikemaskini: 11:06 AM

PAS hari ini melancarkan laman web rasmi muktamarnya ke-55 bagi menyiarkan ucapan dasar presiden dan perbahasan perwakilan dengan telus, termasuk untuk rujukan masyarakat antarabangsa.

Laman web itu - di alamat http://muktamar55.pas.org.my/ - telah memuatkan 31 bahan berita dan lima rakaman video sejak beberapa minggu lepas.

Muktamar utama dari 5 hingga 7 Jun ini berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sementara tiga dewan utamanya bermesyurat sehari lebih awal di beberapa lokasi, demikian menurut aturcara yang dimuatkan di laman web tersebut.

Persidangan Dewan Ulama ke-48 diadakan di Muzium Shah Alam, Dewan Muslimat (ke-49 di Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Dewan Pemuda (ke-50 di Markaz Tarbiyah PAS, Gombak)

Laman web khas itu dirasmikan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar pagi tadi di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

Menurut media rasmi PAS Harakahdaily.net , Kamarudin berkata bahan-bahan yang akan dimutkan antaranya siaran langsung selama empat hari persidangan - bermula dengan muktamar tiga dewan hingga muktamar penuh.

"Kita akan menyiarkan secara telus dan terbuka maklumat ucapan dasar, ucapan-ucapan perbahasan, maklumat keputusan pemilihan termasuk pemilihan di peringkat kawasan, negeri dan seterusnya yang sedang berlangsung sejak beberapa minggu ini," beliau dipetik berkata.

"Saya mengharapkan dengan adanya laman ini, semua maklumat mengenai muktamar dapat kita sampaikan kepada seluruh rakyat.

"Kita bukan macam Umno yang ada televisyen dan media tetapi menyekat maklumat termasuk maklumat perbahasan sidang mereka kepada umum."

Kamarudin berpesan kepada semua perwakilan agar berbahas dengan penuh etika dan beradab, di samping membentangkan isi ucapan dan usul secara matang dan penuh tertib.

ADS