Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA tak restu pertemuan Chua-Husam
Diterbitkan:  May 19, 2009 3:13 PM
Dikemaskini: 8:36 AM

MCA tidak memberi kebenaran atau restu kepada timbalan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk mengadakan perbincangan dengan naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mengenai krisis politik di Perak, kata presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

chua soi lek mca pc 171108 05 Pucuk pimpinan parti hanya diberitahu mengenai perbincangan itu oleh Chua semalam, katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini ketika diminta mengulas mengenai perkara itu yang tersiar dalam blog Chua semalam.

Selain isu Perak, Chua yang disertai anaknya yang merupakan ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong, telah membincangkan isu-isu politik secara am dan mereka bersetuju bahawa kini terdapat amalan politiking yang keterlaluan di negara ini, lapor Bernama.

Sementara itu, di Petaling Jaya, wartawan Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri melaporkan bahawa Chua memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau bertemu Husam atas kapasiti peribadi.

Dalam pertemuan tersebut, katanya, beliau memberitahu Husam bahawa selaras dengan amalan demokrasi, apabila mahkamah membuat keputusan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, maka beliau (Nizar) seharunya memanggil sidang DUN tergempar.

"Kalau dapat sokongan majoriti, kita ucaphkan tahniah kepadanya," tegas Chua.

Bagaimanapun, katanya, jika Nizar gagal mendapat sokongan majoriti DUN, maka beliau (Nizar) perlu memilih satu daripada dua pilihah:

Pertama, menghadap Sultan Perak dan nyatakan bahawa beliau (Nizar) tidak mendapat sokongan majoriti, dan menyerahkan kuasa kepada pihak yang mendapat sokongan majoriti di DUN Perak; atau

Kedua, jika Nizar tidak mahu berbuat demikian, maka beliau harus menyatakan kepada baginda bahawa beliau tidak mendapat sokongan majoriti dan menasihatkan baginda supaya membubarkan DUN.

Dalam pertemuan itu juga, Chua berkata, Husam memberi gambaran seolah-olah BN telah merampas kuasa dahulu di Perak.

Bagaimanapun, katanya, beliau memberitahu husam bahawa tanggapan tersebut adalah tidak adil.

Sementara itu, katanya, kedua-dua pihak telah diharuskan oleh perdana menteri untuk duduk semeja berbincang dan mencari jalan untuk menyelesaikan krisis politik itu demi kepentingan rakyat.

ADS