Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang, Gobala disiasat polis
Diterbitkan:  May 30, 2009 5:43 PM
Dikemaskini: 10:00 AM

Dua pemimpin pembangkang disiasat oleh pihak polis berhubung dengan ucapan mereka sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

police record lim kit siang statement 300509 Pemimpin DAP, Lim Kit Siang memberi kenyataan kepda polis pagi ini di rumahnya di Pulau Pinang, ekorang laporan yang dibuat terhadapnya kerana didakwa membuat hasutan dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Lim, Ketua Inspektor Pang Meng Tuck telah membuat satu laporan terhadap ucapannya di Guar Perahu, Penanti pada 24 Mei.

“Dalam ucapan saya, saya telah menyalahkan Najib terhadap rebutan kuasa di Perak dan mengkompromikan satu demi satu kredibiti istitusi negara," kata Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur, mengenai ucapannya dalam catatannya dalam Twitter pagi ini.

penanti by election 300509 lim kit siang and lim guan eng.jpg Menurut Lim, dalam ucapannya, beliau turut menyentuh tentang Pasukan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya, perkhidmatan awam dan badan kehakiman yang didakwanya digunakan untuk agenda politik Najib.

Katanya, di Malaysia yang ditadbir oleh Najib, bercakap benar dituduh sebagai hasutan dan fitnah.

"Kegelapan sedang menyelubungi Malaysia," katanya selepas bertemu selama sejam dengan pihak polis.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS