• Ketua Gerakan bahagian minta ahli undi Nai
  • Wong Teck Chi @ Low Chia Ming
  • 1243752380
  • Ketua Gerakan bahagian Permatang Pauh, Tan Tee Pin meminta ahli-ahli parti supaya keluar mengundi calon bebas, Nai Khan Ari, supaya beliau tidak hilang wang deposit dalam pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini.

    Katanya, beliau membuat gesaan itu atas semangat persahabatan kerana Nai pernah menganggotai parti itu sebelum ini.

    Nai merupakan bekas salah seorang pemimpin barisan pergerakan Pemuda Gerakan Pulau Pinang.

    BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini.

    nai khan ariSelain Nai - yang juga bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti - tiga lagi calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan dua lagi calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

    Sementara itu, ketua bahagian MCA Permatang Pauh, Datuk Ma Kok Ben juga meminta ahli-ahli parti itu keluar mengundi hari ini.

    Katanya, mereka boleh memilih untuk mengundi mana-mana calon bebas yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

    Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khususnya calon bebas untuk mereka undi.

    Manakala Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jali Abdul Majid berkata, beliau tidak tahu sama ada terdapat ahli Umno keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti hari ini.

    Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, oleh kerana BN tidak bertanding, beliau tidak mahu mengambil tahu perkara tersebut.

    "Oleh kerana keluar mengundi adalah hak masing-masing, terpulang kepada mereka.

    "Jadi saya tidak tahu sama ada orang Umno keluar mengundi atau tidak," katanya kepada Malaysiakini.

    Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

    Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

    BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

    BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
    • MCA: Undi mana-mana calon Bebas
    • Umno: Tak tahu sama ahli mengundi