Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penjual kuih didakwa rompak isteri Rexy Mainaky
Diterbitkan:  Jun 3, 2009 4:11 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Seorang penjual kuih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan cuba merompak isteri ketua jurulatih beregu badminton negara, Rexy Mainaky.

Azhar Alias, 33, dari Keramat, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, cuba merompak Oei Po Kei, 31, seorang suri rumah, di sebuah lorong berhampiran restoran Suzie's Corner, di Ampang City di sini pada 9.30 malam 22 Mei lalu.

Azhar, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 395/544 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Hakim Muhammad Sekeri Mamat membenarkan Azhar diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Muhammad Sekeri kemudian menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS