Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak tahu mengapa usul kepimpinan ulama ditolak tetapi berkata ia mungkin disebabkan oleh masalah teknikal.

"Lazimnya usul itu dibincangkan kerana ia bukan usul yang remeh. Ia patut didebatkan," katanya.

hasan ali hassan ali Exco kerajaan negeri Selangor itu memberitahu demikian dalam sidang media di stadium Melawati Shah Alam hari ini, tempat berlangsungnya muktamar PAS.

Menurut Hasan, beliau menyertai PAS kerana kepimpinan ulama dalam parti Islam itu.

"Saya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor pendidikan moden, tidak cukup untuk membangunkan negeri ini tetapi saya perlukan panduan al-Quran," katanya.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa usul, Datuk Mahfuz Omar berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang setuju usul itu tidak dibahaskan dalam muktamar kali ini.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, jika usul ini dibahaskan kali ini ia tidak adil kepada jawatankuasa PAS pusat yang baru.

"Oleh kerana usul itu tidak memenuhi kriteria, kita serahkan kepada jawatankuasa yang baru untuk menentukannya," katanya ketika ditemui hari ini.

mahfuz omar 02 Ketika ditanya mengenai status kelab penyokong PAS, Mahfuz berkata, pihaknya akan memutuskan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini.

Katanya, pihaknya memerlukan masa kerana ia mungkin membabitkan pindaan perlembagaan parti.

ADS