Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas naib presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau kalah dalam pertandingan jawatan timbalan presiden kerana perwakilan tidak bersedia untuk memberi undi dan kemenangan kepadanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pepecahan undi yang memberi sokongan kepada rakan sejawatnya, Datuk Husam Musa - yang bertanding jawatan yang sama - turut menjadi faktor kekalahannya.

mat sabu "Kalau kedua-dua undi dicampur, ia boleh melebihi penyandangnya," katanya kepada pemberita selepas sidang muktamar ditangguhkan.

Bagaimanapun, kata Mohamad, beliau menerima kekalahannya dan menyifatkan sebagai adalah "satu perkara biasa".

Ini kerana, katanya, beliau pernah mengalami beberapa kekalahan dalam pemilihan sebelum ini.

Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden dengan memperoleh 480 undi.

Manakala Husam pula memperolehi 281 dan Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Keputusan itu menunjukkan undi yang diperolehi Husam dan Mohamad Sabu - bila digabungkan - berjumlah 542 - iaitu 62 undi lebih tinggi daripada undi yang diperolehi Nasharuddin (46.8%).

Mohamad juga berkata, beliau akan terus memberi sokongan dan aktif dalam PAS walaupun gagal tidak lagi memegang jawatan tinggi parti.

Mohamad berkata, beliau menyerahkan kepada presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menimbang melantiknya menganggotai Jawatankuasa PAS Pusat bagi membolehkan beliau meneruskan sumbangan terhadap parti.

ADS