Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
H1N1: Dua lagi sekolah ditutup
Diterbitkan:  Jun 23, 2009 11:44 AM
Dikemaskini: Jun 24, 2009 1:40 AM

kemaskini 4.54pm Dua buah lagi sekolah ditutup - menjadikan jumlahnya empat buah sejak kelmarin - selama seminggu bagi mengekang penularan tempatan wabak selesema A (H1N1).

Seri Cempaka International School di Batu 9, Cheras ditutup sehingga Sabtu ini, manakala SRK Assunta 1 di Petaling Jaya ditutup dalam tempoh yang sama.

Kelmarin, SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur diarah berbuat demikian dan SRK Assunta 2 di Petaling Jaya pula ditutup semalam.

bm version h1n1 swine flu affected schools 230609 Sebuah bilik darjah Seri Cempaka International School di Batu 9 Cheras semalam diarah ditutup apabila pelajarnya dijangkiti wabak tersebut.

Sementara SRK Assunta 1 berkongsi bangunan dan kawasan yang sama dengan SRK Assunta 2.

Dua lagi kes tempatan disahkan hari ini, menjadikan jumlah kesemuanya sembilan sejak 17 Jun.

Jumlah kes tersebut dan lapan lagi kes import menjadikan semuanya 68 kes influenza A (H1N1) di seluruh negara sejak kes pertama 15 Mei lalu.

Pelajar 23 tahun yang sedang dirawat di Hospital Besar Sarawak dikelaskan sebagai kes ke-61, kes pertama di negeri tersebut.

Sementara tiga lagi sekolah diarah menutup masing-masing satu kelas: SMK Seksyen 9 di Shah Alam, SMK Damansara Utama di Petaling Jaya dan SM Wangsa Maju di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, pelajar lelaki negara ini yang berusia 16 tahun di Seri Cempaka International School terkena jangkitan daripada rakan sekolahnya itu (kes 42).

Sementara seorang pelajar lelaki berumur 11 tahun di SRJK (C) Jln Davidson juga mendapat jangkitan daripada rakan sekolahnya (kes 36).

Dalam perkembangan berkaitan, lapor Bernama , timbalan perdana menteri berkata kerajaan tidak bercadang menutup semua

sekolah dan melarang perhimpunan awam diadakan di Lembah Klang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pelajaran, menambah kerajaan akan melaksanakan semua cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam mengawal penyakit itu daripada merebak.

"Kecualilah jika ada keperluan yang mendesak, kita tidak mahu rakyat merasa cemas tanpa sebab," beliau dipetik berkata selepas jamuan tengah hari bersama peserta Persidangan Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada kerajaan akan mengambil dua tindakan berkenaan memandangkan bilangan kes penyakit itu di Lembah Klang telah meningkat kepada 68 hari ini, dengan empat buah sekolah diarah ditutup selama seminggu.

Muhyiddin meminta Kementerian Kesihatan mengadakan perjumpaan dengan guru dan ibu bapa bagi menjelaskan mengenai sebab sekolah ditutup agar mereka dapat membantu dalam menangani serangan penyakit itu.

ADS