Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Waran tangkap untuk MP Kapar
Diterbitkan:  Jun 23, 2009 1:08 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Waran tangkap dikeluarkan terhadap ahli parlimen PKR S Manikavasagam setelah gagal menghadiri siasatan awam berhubung kematian mengejut pelakon K Sujatha.

Waran itu dikeluarkan oleh koroner Mohd Faizi Che Abu pagi ini selepas beliau dimaklumkan bahawa ahli parlimen Kapar itu enggan menerima sapena yang cuba diserahkan semalam.

pkr keadilan gangster batu caves pc 131106 manikavasagam Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Manikavasagam berkata beliau enggan menerima sapena itu yang diserahkan di Parlimen dan sewajarnya polis menyerahkan di kediamannya atau bilik operasinya di Kapar.

Koroner Mohd Faizi berkata Manikavasagam telah membuat permohonan untuk mengambil bahagian dalam prosiding mahkamah.

"Beliau juga tahu yang prosiding berlangsung semalam dan hari ini," katanya.

"Polis berusaha untuk menyerahkan sapina itu kepada beliau pada 17 dan 18 Jun dan ini menunjukkan beliau cuba mengelak daripada menerimanya.

"Oleh itu, mahkamah berpuas hati dengan keterangan Cif Inspektor Tay Chew Hwa dan waran tangkap dikeluarkan terhadap beliau (Manikavasagam) supaya memberi keterangan," tambah Koroner Mohd Faizi.

Sebelum itu, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya (DPP) Geethan Ram Vincent, Tay berkata, beliau berusaha untuk menyerahkan sapina itu kepada Manikavasagam di bangunan Parlimen semalam dan hari ini.

Tay berkata beliau menerima arahan pada jam 12.30 tengahari semalam supaya menyerahkan sapina tersebut dan menghubungi Manikavasagam melalui telefon bimbitnya.

"Manikavasagam meminta saya menemuinya di lobi Parlimen pada waktu tengahari. Saya menunggunya, tetapi pada jam 2.30 petang saya menerima SMS yang menyatakan beliau sibuk dan menghadiri satu mesyuarat di Kapar.

"Saya menjawab dengan bertanya bila saya boleh menemuinya dan beliau memberitahu saya untuk bertemu dengannya di bangunan Parlimen jam 9.30 pagi (hari ini)," katanya.

Menurut Tay lagi, beliau menunggu hingga jam 10 pagi tetapi Manikavasagam tidak muncul.

Ketika menjawab panggilannya, Tay berkata, Manikavasagam berkata beliau sibuk dan meminta supaya prosidng hari ini ditangguhkan.

“Manikavasagam berkata peguamnya belum bersedia dan beliau pula sibuk di Parlimen," katanya.

Sementara itu, Manikavasagam berkata peguamnya akan memfailkan permohonan di mahkamah Jalan Duta esok untuk membatalkan waran tangkap tersebut.

Baca berita penuh

ADS