Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) Syed Ibrahim Kader menafikan dakwaan bekas pengerusi Kimma Wilayah Persekutuan (WP) bahawa mesyuarat agung tahunan kebangsaan Kimma pada 26 April lalu, tidak sah.

NONE Oleh itu, katanya, pemilihan ahli Majlis Tertinggi (MT) Kimma dalam mesyuarat tersebut adalah sah dan sekaligus keputusan MT memecatkan Mohd Fazil William Abdullah semalam juga sah.

Pengerusi Kimma WP itu dipecat kerana tindak tanduknya yang didakwa mencemar nama baik Kimma kerana membawa masalah dalaman part kepada pihak media.

Mohd Fazil sebelum ini mendakwa, mesyuarat itu tidak sah kerana notis mengadakannya gagal dihantar dalam tempoh 28 hari manakala mengedarkan laporan tahunan kepada perwakilan dalam tempoh tujuh hari, sepertimana ditetapkan perlembagaan parti itu.

Oleh itu, katanya, keputusan mesyuarat MT semalam adalah tidak sah dan tidak perlu baginya membuat sebarang rayuan terhadap keputusan tersebut.

Mengulas mengenainya, Syed Ibrahim (foto) menyifatkan dakwaan bekas pengerusi perhubungan Kimma WP itu sebagai tidak benar dan tidak berasas.

"Kita hantar surat kepada perhubungan negeri untuk memaklumkan kepada perwakilan mengenai mesyuarat agung tahunan, 30 hari sebelum tarikh itu mesyuarat tersebut.

Maklum pada negeri

"Saya hantar pada 25 atau 26 Mac, kepada perhubungan negeri-negeri. Saya ada suratnya," kata Syed Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, beliau juga turut menghantar aturcara perjalanan mesyuarat kepada negeri dan memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengenainya.

Mengulas dakwaan Kimma tidak mengedarkan laporan tahunan dan l NONE aporan kewangan kepada perwakilan dalam tempoh masa yang ditetapkan, Syed Ibrahim (foto) berkata:

"Kalau laporan tahunan, macam parti-parti lain seperi MIC, Umno... satu buku nak hantar beribu-ribu, mana boleh hantar.

"Tak ada orang pertikai perkara ini. Kenapa dia (Mohd Fazil) tidak bawa usul dalam mesyuarat agung (baru-baru ini) cakap kenapa tidak hantar laporan tujuh hari sebelum mesyuarat agung.

"Mana boleh dia cakap (dakwa) begitu, dia juga terlibat dan hadir dalam mesyuarat agung," katanya.

Isu laporan tahunan

Ditanya sama ada langkah mengedarkan laporan tahunan pada hari mesyuarat agung itu sendiri menyalahi perlembagaan parti, beliau berkata:

"Boleh, tidak ada masalah. Kita nak hantar perlukan senarai perwakilan daripada negeri. Kalau negeri hantar pada saat akhir, bagaimana mahu hantar.

"Mesyuarat agung Kimma mengikut prosedur, cuma laporan tahunan, kita tak dapat nama (perwakilan), kita edar pada hari itu (mesyuarat agung).

"Kalau kita tak bagi langsung laporan tahunan dan penyata kewangan, itu sudah salah. Apa lagi yang kita tidak bagi, sehingga dia nak tuduh kita begitu," katanya.

Sehubungan itu, kata Syed Ibrahim lagi, sekiranya perjalanan mesyuarat itu salah, sudah tentu ROS mengambil tindakan lanjut.

"Kalau salah kita mesti tahu dan ROS pun tidak akan duduk diam," katanya.

Selain itu, katanya, setakat ini, beliau juga tidak menerima sebarang panggilan telefon dan surat ROS berhubung dakwaan Mohd Fazil itu.

ADS