Duit untuk pengundi 'tidak cukup'
Muda Mohd Noor
Jul 14, 09
1:28pm
Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa sehingga tengah malam tadi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai belum selesai.

"Masih ada lagi yang mendakwa belum menerima duit yang dijanjikan. Saya difahamkan mereka akan mendapat RM300 seorang.

"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.

Diminta mengulas dakwaan tersebut, Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai.

Sebaliknya, kata beliau, dana itu untuk petugas parti yang berkempen untuk calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Katanya, petugas dijanjikan dibayar upah RM30 sehari untuk kerja-kerja seperti merayu undi dan menampal poster.

"Kalau mereka bekerja 10 hari akan dapat RM300, tetapi ada juga yang bekerja untuk tempoh beberapa hari sahaja.

"Jika ada orang kata duit tersebut untuk pengundi supaya menyokong Umno, ia tidak betul," tambahnya.

"Mereka mungkin salah maklumat."

Wartawan Malaysiakini: Kuek Ser Kuang Keng, Hafiz Yatim, Jimadie Shah Othman, Wong Teck Chi, Ng Kok Fong dan Amiruddin Abdullah.

 
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner