Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes liwat Anwar bermula 2 petang
Diterbitkan:  Jul 15, 2009 12:21 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mula didengar jam 2 petang ini, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak ia ditangguhkan untuk mendapatkan peguam utama yang baru.

nizar vs zambry court case sulaiman abdullah lawyer 070509 Peguam kanan, Sulaiman Abdullah, yang masih tidak sihat, telah meminta Anwar melantik peguam utama baru kerana beliau tidak mahu menjadi punca kelewatan perbicaraan kes tersebut. Ia telah ditangguhkan sebelum ini.

Anwar diwakili oleh sepasukan sembilan orang peguam, termasuk Sulaiman.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Anwar berkata peguamnya telah menemui hakim dalam kamar pagi ini untuk meminta diberi lebih masa, tetapi diberitahu bahawa ini adalah "satu perkara teknikal yang boleh diselesaikan".

Hakim kemudiannya menetapkan perbicaraan kes Anwar itu bermula jam 2 petang ini.

Berita berita penuh

Saksi video

ADS