Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
H1N1: UiTM Lendu ditutup 9 hari
Diterbitkan:  Jul 17, 2009 10:31 AM
Dikemaskini: 6:57 AM

dikemaskini Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka ditutup petang semalam selepas semakin banyak kes selesema A (H1N1) disahkan di kampus tersebut yang diserang gugusan kes penularan wabak.

Dengan penutupan selama sembilan hari, ia akan dibuka semula 25 Julai ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican.

"Penutupan kampus UiTM Alor gajah, Melaka berkuatkuasa serta-merta sehingga Jumaat, 24 Julai.

"Arahan ini melibatkan semua pelajar kolej, pengajar dan kakitangan UiTM Alor Gajah," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

h1n1 chart BM Pagi semalam Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penularan wabak di kampus Lendu itu "amat membimbangkan".

Daripada 10 kes yang direkodkan, semuanya tempatan, sembilan daripadanya terjadi institusi pengajian tersebut.

Kelmarin, lapan lagi mahasiswa disahkan positif diserang virus selesema A (H1N1). Pada 14 Julai, enam daripada pelajar institusi pengajian itu disahkan positif

Sekurang-kurangnya 150 pelajar di UiTM Lendu dilaporkan mengalami tanda-tanda diserang selesema sejak ia dikesan hujung minggu lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS