Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
10 maut, 50 cedera serangan bom di dua hotel
Diterbitkan:  Jul 17, 2009 11:18 AM
Dikemaskini: 12:49 PM

kemaskini 4.16pm Sembilan mati dan lebih 50 lagi dilaporkan cedera apabila bom berkuasa tinggi diletupkan hampir serentak di dua hotel mewah yang berdekatan di pusat bandar Jakarta pagi ini.

Sementara laman web berita Tempo Interaktif melaporkan, sepuluh mayat ditemui di lantai bawah Hotel JW Mariott - enam daripadanya bertaburan.

NONE Memetik sumber polis, media itu menyatakan serpihan badan itu kemudian dikumpulkan untuk dimasukkan ke dalam beg mayat.

Dua daripadanya dilaporkan sudah hancur lebur "seperti potongan daging korban".

Sementara empat lagi masih boleh dikenali ciri-ciri tubuhnya.

Laman web Jakarta Post melaporkan, ledakan kuat bermula di sebuah restoran di tingkat bawah tanah Hotel Marriott jam 7.47 pagi waktu tempatan (8.47 waktu Kuala Lumpur), dua minit sebelum ledakan di Hotel Ritz-Carlton.

Serpihan kaca dan bahan binaan serta cebisan kelihatan bertaburan.

Skuad pemusnah bom republik itu dipetik berkata siasatan awal mendapati bom itu berkuasa tinggi sehingga ledakan di tingkat bawah tanah memecahkan tingkap di tingkat tiga.

Tiada letupan ketiga

NONE Sementara dalam laporan berasingan, AFP turut melaporkan letupan ketiga melibatkan bom kereta di plaza tol lebuhraya di Muara Angke, utara Jakarta, mengorbankan dua orang - dua jam selepas ledakan pertama.

Dalam edisi yang dikemaskini awal petang ini, polis menafikan kejadian tersebut.

Hotel Marriott pernah menerima serangan bom pada 2003 yang mengorbankan 12 orang - dipercayai dilakukan jaringan pengganas Jamaah Islamiah (JI), yang dikaitkan sebahagian sel al-Qaeda.

Menurut akhbar web itu lagi, Indonesia sering menjadi sasaran serangan bom mulai 1999 hingga 2005 yang mengorbankan 280 orang, yang terburuk meragut 202 nyawa di Bali pada 2002.

Sebuah bom meledak di luar bangunan Kedutaan Besar Australia pada 2004 yang meragut sembilan nyawa.

Bom aktif ditemui

Sementara itu, seorang wartawan di tempat kejadian memberitahu The Star bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat.

Sementara itu, Bernama pula melaporkan polis menjumpai sebutir lagi bom yang masih aktif di Plaza Mutiara dalam kawasan kompleks Hotel JW Marriott.

NONE Penemuan bom itu oleh pasukan khas bom dan polis Indonesia itu diketahui wartawan apabila seorang pegawai polis meminta mereka meninggalkan bangunan kerana ia hendak dipindahkan ke tempat lain untuk dimusnahkan.

Bangunan Plaza Mutiara, yang terletak di sebelah hotel itu, turut

menempatkan pejabat Perbadananan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), lapor agensi berita itu dari Jakarta.

Seorang pegawai Matrade yang dihubunginya berkata semua kakitangan di pejabatnya selamat.

Katanya, semua pegawai dan petugas agensi promosi perdagangan Malaysia itu pada ketika kejadian belum berada di pejabat kerana kejadian berlaku sejam sebelum pejabatnya dibuka.

Daripada sembilan korban, identiti seorang mangsa sahaja yang sudah dicam iaitu pengarah urusan PT Holcim Indonesia, Timothy Mackay.

Mereka yang cedera parah dan ringan sudah meningkat menjadi lebih 50 orang selepas lebih ramai datang mendapatkan rawatan di tiga buah hospital di kota metropolitan itu.

ADS