Uthayakumar tubuh parti baru

S Pathmawathy        

Pemimpin Hindraf, P Uthayakumar hari ini mengumumkan penubuhan sebuah parti pelbagai kaum yang dikenali sebagai Parti Hak Asasi Manusia (HRP).

uthayakumar paham party klang 190709 "Kita tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk menjayakan perjuangan kita," katanya sambil menambah, Pakatan Rakyat, sepertimana juga BN, tidak menangani keperluan golongan terpinggir.

"Tetapi kini masanya sudah tiba bagi kita bergerak kehadapan bersama dengan gelombang 'Makkal Sakti' rakyat," kata beliau yang juga setiausaha agung penaja parti itu kepada kira-kira 2,000 penyokongnya di Klang.

HRP akan meneruskan memperjuang tuntutan 18 perkara Hindraf.

uthayakumar paham party klang 190709 "Saya telah mengenal pasti 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi DUN... dengan kira-kira 20 hingga 46.2 peratus undi kaum India di kira-kira sembilan kerusi," kata Uthayakumar said.

Selain mengumumkan penubuhan parti baru itu, Uthayakumar yang juga seorang peguam, turut melancarkan bukunya yang bertajuk 'Malaysian Indian Political Empowerment Strategy: The Way Forward' .

Menurutnya, buku tersebut dihasilkan sewaktu beliau ditahan selama 514 hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Uthayakumar dan empat lagi pemimpin Hindraf telah ditahan di bawah ISA pada 2007 sejurus selepas menganjurkan protes jalanan besar-besaran kaum India di ibunegara.

Baca berita penuh

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In