Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Koresponden M'siakini meninggal dunia
Diterbitkan:  Jul 22, 2009 12:15 PM
Dikemaskini: 2:01 PM

Wartawan veteran Chan Seng Chai, 61, meninggal dunia di Normah Medical Specialist Centre Kuching awal pagi ini selepas menjalani pembedahan pintasan jantung.

Chan meninggal dunia pada 2 pagi dan mayatnya dibawa ke kediamannya di Jalan Green untuk membolehkan keluarga dan rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir, kata seorang kenalan rapat keluarganya, Peter Kuek.

Mendiang menggunakan nama pena Tony Thien sewaktu bertugas sebagai koresponden Malaysiakini sejak 2000.

Chan, yang juga dikenali sebagai CS Chan dan Johnny Chan, disifatkan oleh rakan-rakannya sebagai seorang wartawan yang gigih sehingga ke akhir hayatnya, lapor Bernama .

tony thien seng chai chan 220709 "Sebelum dimasukkan ke hospital, dia menghubungi saya pada 5.30 pagi dua hari lepas untuk memberitahu mengenai beberapa berita yang dia sediakan untuk saya," ketua pengarang akhbar web Malaysian Mirror , Francis Siah, dipetik berkata.

Bekas ketua pengarang Bernama , Datuk Seri Azman Ujang, yang mengenali Chan lebih 40 tahun, berkata mendiang pernah menyumbang pelbagai berita khususnya mengenai perkembangan politik Sarawak, kepada agensi berita itu ketika Chan menjadi

seorang pemberita sambilan.

Chan, yang meninggalkan dua orang anak, pernah menjadi penolong editor akhbar Sarawak Tribune .


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS