Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sahabat Teoh juga disiasat polis
Diterbitkan:  Jul 23, 2009 2:42 PM
Dikemaskini: 11:49 AM

Sahabat mendiang Teoh Beng Hock antara lapan lagi saksi yang dipanggil memberi keterangan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematiannya yang penuh tanda tanya, Khamis lepas.

NONE Keterangan lapan saksi itu yang ditemani dua peguam mereka, Lim Lip Eng dan V Ganabatirau direkodkan di ibu pejabat polis Seksyen 11 Shah Alam bermula pukul 11 pagi, lapor Bernama .

Sahabat mendiang itu Woo Chuan Sing, 30, pemilik sebuah kedai telekomunikasi sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mereka yang turut disiasat: Anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Chan Su Sann, tiga anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Chong Hoon Ming, Tai Cheng Heng dan Pooi Weng Keong, anggota Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Lee Kee Hiong dan dua anggota DAP yang tidak dikenali.

Kesemua mereka antara individu terakhir yang berhubung dengan

Teoh sama ada melalui panggilan telefon atau pesanan SMS dalam

tempoh 24 jam sebelum mayat mendiang ditemui pukul 1.30 tengah hari 16 Julai lalu, lapor agensi berita itu lagi.

Mendiang ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menjelang 6 petang 15 Julau untuk memberikan keterangan berhubung siasatanpenyalahgunaan peruntukan DUN di kalangan ADUN Pakatan Rakyat.

NONE Ketua Teoh, pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelarasan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah antara beberapa wakil rakyat Selangor yang disiasat SPRM berhubung dakwaan itu.

Woo ketika ditemui pemberita di luar balai polis itu berkata, Teoh

menghubunginya pukul 7.29 pagi, 15 Julai lepas untuk meminta

beliau menjadi pengapitnya pada majlis perkahwinannya nanti.

"Kami berbual kira-kira dua minit. Sebelum Teoh hubungi saya, dia ada menghantar SMS kepada saya bertanyakan perkara yang sama tetapi apabila saya tidak balas SMS, mendiang hubungi saya.

"Jadi pada saya tidak mungkin Teoh mempunyai niat untuk membunuh diri kerana dia hubungi saya meminta untuk jadi

pengapitnya," Woo dipetik berkata.

Ditanya sama ada Teoh pernah memberitahunya bahawa mendiang menghadapi masalah, Woo berkata sepanjang pengetahuannya Teoh tidak mempunyai masalah.

"Tetapi mendiang pernah memberitahu saya bekerja sebagai setiausaha politik mencabar. Saya terperanjat bila mendapat tahu mengenai kematian Teoh daripada rakan saya," katanya, graduan dalam jurusan statistik semasa di UKM.

ADS