Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih banyak gugusan wabak H1N1
Diterbitkan:  Jul 24, 2009 5:42 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Sebanyak 36 daripada 39 kes terbaru influenza A (H1N1) melibatkan tujuh gugusan penularan wabak, termasuk di beberapa kawasan baru yang ditutup mulai hari ini.

Tiada kes import dilaporkan hari ini - menjadikan jumlah terkumpul setakat ini 978 kes termasuk 405 jangkitan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Mohd Ismail Merican.

Maklumat berkaitan 36 kes tempatan di gugusan yang mengalami tanda-tanda seakan-akan selesema (ILI) seperti berikut:

bullet button Tiga kes di kalangan pelajar SMK Patiambun, Limbang, Sarawak yang mempunyai 1,139 orang pelajar. Sejumlah 17 kes bergejala ILI dikesan mulai 15 Julai.

Sebanyak lapan sampel telah diambil secara rawak dan tiga daripadanya didapati positif jangkitan selesema A (H1N1).

Sekolah itu ditutup mulai kelmarin selama seminggu.

bullet button Dua kes di kalangan pelajar Politeknik Kota, Melaka yang mempunyai 631 orang pelajar. Seramai 44 orang bergejala ILI dikesan sejak 11 Julai.

Daripada tiga sampel, dua daripadanya didapati positif jangkitan influenza A(H1N1).

Politeknik ini ditutup mulai 18 Julai hingga hari ini.

bullet button Tujuh kes di kalangan pelajar SK Subang Bestari, Selangor yang mempunyai 3,245 pelajar. Sejumlah 10 kes bergejala ILI dikesan sejak 20 Julai.

Sampel kesemua mereka menunjukkan dan tujuh orang didapati positif jangkitan influenza A(H1N1).

Sekolah ditutup mulai semalam selama seminggu.

h1n1 chart BM bullet button Empat kes di Sekolah Maahad Tahfiz Tanjung Lumpur, Kuantan yang mempunyai 147 pelajar. Sejumlah 34 kes bergejala ILI dikesan sejak 15 Julai.

Daripada 10 sampel, empat didapati positif jangkitan influenza A(H1N1) dan sekolah itu ditutup semalam selama seminggu.

Sebanyak 20 kes lagi melibatkan kejadian di SM Sains Lahad Datu, Sabah (dua kes), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak (sembilan) dan UiTM Dungun (sembilan) - kesemuanya ditutup mulai semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS