Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perbincangan meja bulat Pakatan kritik polis, IGP

Perbincangan meja bulat Pakatan Rakyat hari ini memutuskan sebulat suara supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan digantikan.

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama kumpulan ahli parlimen DAP (15 orang), PKR (10), PAS (2), seorang senator, wakil-wakil NGO dan orang awam.

Sesi di bangunan parlimen tersebut dipengerusikan oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai pemudahcara perbincangan tersebut.

Empat resolusi yang diluluskan dalam perbincangan meja bulat tersebut ialah:

bullet button Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatnya sebagai ketua polis negara disambung dua tahun lagi.

bullet button Perlantikan ketua polis negara yang baru.

bullet button Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin.

bullet button Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Baca berita penuh

ADS