Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Inkues kematian Teoh Beng Hock mungkin ditangguhkan kerana peguam yang mewakili keluarganya mahu membuat permohonan supaya dokumen-dokumen berhubung siasatan kes tersebut, turut diserahkan kepada mereka.

Inkues tersebut dijadual bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok sehingga 12 Ogos depan. Ia akan didengar oleh Timbalan Pendaftar, Azmil Muntapha Abas, yang dilantik sebagai koroner.

Selain permohonan tersebut, peguam keluarga Teoh - Gobind Singh Deo - yang menulis dalam blognya - juga meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menangguhkan inkues tersebut sehingga siasatan polis terhadap kematian Teoh selesai sepenuhnya.

Katanya, menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan polis terhadap kes tersebut lebih kurang sudah siap.

Gobinda berkata, beberapa laporan seperti laporan pakar pathologi juga belum diterima oleh pihak polis.

Di samping itu, katanya, pihak polis juga telah menghubungi beberapa saksi untuk memberi keterangan dalam inkues tersebut dan akan menyediakan contoh DNA.

Katanya, semua itu akan memberi kesan besar terhadap kes tersebut.

Oleh itu, tegas Gobind, sehingga elemen-elemen penting telah disiapkan, maka peguam negara tidak seharusnya menekankan supaya inkues itu diadakan.

Baca berita penuh

ADS