Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Doktor cedera wartawan mohon maaf
Diterbitkan:  Jul 29, 2009 3:25 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Pegawai Perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) yang didakwa mengasari seorang wartawan akhbar China Press Isnin lalu, mengakui kesilapannya dan telah memohon maaf kepada petugas media berkenaan.

Perkara itu disampaikan oleh HPP melalui Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Ngeri, Phee Boon Pooh dalam satu dialog tertutup bersama media di Pulau Pinang hari ini.

NONE Phee yang mempengerusikan dialog tersebut berkata, pegawai perubatan berkenaan dengan ikhlas memohan maaf atas kekasaran tidak sengaja yang dilakukanya itu, lapor Bernama

"Pihak HPP memaklumkan bahawa doktor muda berkenaan hanya bertindak demikian bagi mempertahankan pesakit mental terbabit. Bagaimanapun selepas siasatan lanjut dijalankan, beliau menyedari tindakannya (mengkasari wartawan) itu adalah satu kesilapn.

"Dengan rasa ikhlas beliau memohon maaf atas kesilapannya dan saya harap perkara sedemikan tidak akan berlaku lagi," katanya dalam sidang akhbar selepas dialog itu hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Datuk Dr Teh Lei Choo, Pengarah HPP Dr Juita Ghazalie, Timbalan Pengarah Kesihatan Awam JKN Dr Yasmin Sulaiman, Timbalan Pengarah Perubatan JKN Dr Hassan Merican dan Pakar Perubatan Kecemasan HPP yang juga ketua siasatan kes berkenaan Dr Teo Aik Howe serta wakil media dari pelbagai agensi.

Sementara itu Phee berkata kedua-dua pihak iaitu HPP dan wartawan terbabit, Teh Chee Hean, 30, yang telah membuat laporan polis pada hari kejadian, menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

"Mereka serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan kedua-dua pihak juga bersedia memberi kerjasama bagi membantu siasatan termasuk pihak HPP yang akan menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di tempat kejadian," katanya.

Dalam kejadian itu wartawan berkenaan mendakwa dikasari seorang pegawai perubatan HPP ketika beliau mengambil gambar pesakit tanpa kebenaran di Unit Kemalangan dan Kecemasan HPP.

Teh yang mengalami cedera ringan di bahu kiri, tangan dan lutut, menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Timur Laut.

ADS