Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penduduk Kota Damansara merancang untuk melobi Carrefour Perancis dalam usaha mereka membantah pembinaan pasaraya tersebut bersebelahan dengan sebuah sekolah rendah di situ.

"Carrefour tidak akan dibenarkan beroperasi di Perancis jika mereka gagal mematuhi standard tanggungjawab korporat sosial," kata wakil Persatuan Penduduk Seksyen 11 Kota Damansara, Hesham Belweil.

section 11 kota damansara protest 080809 resident association representative hesham belweil "Jika mereka boleh mengamalkan tanggungjawab korporat sosial di sana, mengapa Carrefour Malaysia (tidak boleh berbuat demikian)?" katanya.

Kira-kira 100 penduduk mengadakan protes hari ini berhampiran tapak pembinaan kompleks tersebut, yang dijadual siap pembinaannya hujung tahun ini.

Seorang lagi wakil persatuan penduduk, Muhammad Hanan Abdullah berkata, mereka telah meminta bantuan agensi-agensi kerajaan pusat, termasuk Biro Pengaduan Swam dan Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Halehwal Pengguna.

"Agensi-agensi berkeaan menyokong bantahan kami tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," kata Harun.

Beliau kemudiannya menoleh ke arah beberapa ahli politik yang hadir sama dalam sidang akhbar yang diadakan selepas protes tersebut dan berkata: "Saya mencabar anda untuk menghentikan pembinaannya."

Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim, Timbalan Ketua Pemuda MIC S Murugesu dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan, Muhammad Sha'ani Abdullah.

section 11 kota damansara protest 080809 posters Penduduk membantah pembinaan pasaraya Carrefour di situ kerana lokasinya bersebelahan SRK Seksyen 11 Kota Damansara. Hanya kawasan dua meter yang memisahkan pasaraya itu dengan sekolah berkenaan.

Selain bimbangkan keselamatan murid, penduduk juga bimbangkan berlakunya masalah kesesakan lalulintas di kawasan itu nanti.

Dalam sidang akhbar tersebut, Murugesan mendakwa, kerajaan pusat telah membatalkan lesen perniagaan bagi pasaraya yang dicadangkan itu.

"(Exco kerajaan Selangor) Ronnie Liu bagaimanapun berkata, oleh kerana kerajaan pusat telah membatalkan lesen pasaraya itu, maka bangunan berkenaan akan diberikan kepada syarikat lain," katanya.

Murugesan berjanji untuk menekan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Halehwal Pengguna supaya mengambil tindakan selanjutnya terhadap perkara itu.

S section 11 kota damansara protest 080809 dr nasir hashim and t murugesan ementara itu, Nasir yang juga wakil rakyat kawasan berkenaan berkata, beliau akan melakukan apa saja boleh untuk membantu penduduk di situ.

Protes hari ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan penduduk di situ untuk menghentikan pembinaan bangunan pasaraya itu sejak November 2007.

Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor tahun lalu, penduduk telah menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut penduduk, pihak berkuasa tempatan yang dikuasai oleh Pakatan belum membatalkan kelulusan untuk pembinaan pasaraya tersebut. Berita asal


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS