Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker PKR halau wakil DAP isu BN 'perompak'
Diterbitkan:  Aug 10, 2009 2:47 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

ADUN Datuk Keramat dari DAP, Jagdeep Singh Deo hari ini diarah keluar daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana keengganannya menarik balik perkataan "perompak" terhadap BN.

"Saya minta Yang Berhormat Datuk Keramat untuk tarik balik perkataan itu atau saya terpaksa arahkan keluar dewan," kata Speaker Datuk Abdul Halim Hussain.

NONE Speaker mengarahkan Jagdeep keluar dewan pada kira-kira jam 12.30 tengah hari berikutan ADUN Datuk Keramat itu enggan berbuat demikian kerana mendakwa beliau tidak merujuk kepada kepada mana-mana individu yang berada dalam dewan, lapor Bernama.

Kekecohan berlaku ketika Jagdeep bangun untuk mendapatkan penjelasan daripada Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy berhubung isu Kampung Buah Pala.

"Kerajaan negeri dahulu merompak Kampung Buah Pala dan "dia" berada di sini," katanya.

Ketua pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Jagdeep itu meminta Abdul Halim mengarahkan Jagdeep untuk menarik balik kenyataannya.

Jagdeep akhirnya akur dengan arahan Speaker dan meminta Abdul Halim menyatakan tempoh hukuman terhadapnya itu.

NONE "Tempohnya sampai tengah hari ini," kata Abdul Halim.

Tindakan Speaker mengarahkan Jagdeep keluar dewan itu menyebabkan R S N Rayer (DAP-Seri Delima) tidak berpuas hati dan meminta Speaker mengarahkan Azhar keluar dewan sehingga menimbulkan pertikaman lidah antara kedua-dua wakil rakyat itu.

"Saya tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi, kalau tidak Yang berhormat pun keluar dewan juga," kata Speaker.

ADS