Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN tidak bohong pengundi: TPM
Diterbitkan:  Aug 17, 2009 3:20 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Barisan Nasional (BN) akan memberi penjelasan berdasarkan fakta kepada pengundi mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata, BN tidak akan berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.

"Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong.

"Kita memberikan kenyataan berdasar fakta yang betul kerana kita mahu memberikan peluang kepada pengundi membuat penilaian yang tepat," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam hari ini.

NONE Sebelum itu, beliau mengiringi calon BN Rohaizat Othman di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) sempena proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di situ.

Muhyiddin berkata, pengundi di Permatang Pasir dapat membuat pilihan bijak berdasarkan segala pembaharuan yang telah diusahakan untuk rakyat selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri.

“Saya berpendapat dalam situasi selepas sahaja pilihan raya kecil Manik Urai dan langkah-langkah yang ambil oleh perdana menteri untuk pembaharuan dan perubahan kepada negara, angin ini sudah mula meniup dan saya kira sampai ke Permatang Pasir,” katanya. BERNAMA

ADS