Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali telah selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan kini dalam peringkat pemulihan.

NONE Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan keluarganya hari ini, ahli jawatankuasa PAS pusat itu menjalani rawatan secara allopathy, alternatif dan ruqyah.

Malaysiakini menerima kenyataan itu melalui kiriman SMS yang menggunakan nombor bimbit Dr Lo' Lo'.

"Sehubungan itu kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan beliau dan kami masih mengharapkan doa yang berterusan dari semua," kata kenyataan itu lagi.

Memandangkan wabak influenza A (H1N1) masih membimbangkannya, katanya, maka pihak keluarga Dr Lo' Lo' menghadkan lawatan untuk menziarahinya.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut apakah bentuk pembedahan yang dijalani oleh beliau dan bila pembedahan itu dilakukan.

Anggota keluarga, kakitangan dan beberapa pemimpin PAS yang dihubungi Malaysiakini juga keberatan untuk menceritakan dengan lebih lanjut mengenainya.

Wartawan Malaysiakini sebelum ini pernah ke IJN dan kakitangan di situ mengesahkan bahawa Dr Lo' Lo' sedang menjalani rawatan fisioterapi di situ.

ADS