Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tempoh siasatan 60 hari tanpa perbicaraan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dikurangkan tetapi akta kontroversi tersebut tidak akan dimansuh sepenuhnya, kata menteri keselamatan dalam negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein menambah, semakan ini antara peruntukan undang-undang yang sedang dinilai semula, selain berkaitan hasutan, perhimpunan awam dan kawalan ke atas Internet.

Usaha ini sedang diselaraskan melalui kerjasama antara jabatan bawah beberapa kementerian, termasuk Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), polis dan Jabatan Peguam Negara dan Majlis Keselamatan Negara.

Hishammuddin juga berkata, undang-undang ini akan mula dibentang di Parlimen pada sidang Oktober ini selepas mendapat maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan dengan isu ini.

Katanya, undang-undang berkaitan keselamatan dalam negeri sedang dinilai semula untuk penambahbaikan bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap undang-undang tersebut.

Katanya, kerajaan sedang menyelaras usaha itu melalui agensi-agensi serta jabatan di bawah kementeriannya dan juga Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Jelasnya, ini termasuk Akta Dalam Negeri, Ordinan Darurat, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia yang akan dipinda dengan melibatkan lebih banyak semakan dan imbang.

“Mesti ada perimbangan kuasa dan hak untuk apa tindakan yang kita ambil. Hak majorit adalah penting dalam memastikan hak asasi manusia ini dihormati,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat penyelarasan antara tiga kementerian terbabit.

Beliau berkata, pihaknya perlu mendahului kepentingan majoriti dan keselamatan negara dalam membuat penambahbaikan ini.

Turut diperkemas adalah Akta Hasutan yang akan dipertingkat cakupannya supaya bidang kuasanya juga dapat dikuatkuasa di ruang Internet.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata, kementerian itu akan memberi lebih tumpuan untuk menyegerakan siasatan bagi kes-kes berkaitan undang-undang siber dan Akta Komunikasi 1998.

“Kementerian kami menyediakan penyiasatan berkait hasutan dan mencaci agama Islam. Kami akan berkejasama dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk mengemaskann sistem ini.

.

“Jabatan peguam negara telah beri komitmen supaya pendakwaan akan dapat dilunaskan jika semua pihak dapat bertindak dengan,” katanya dalam sidang media sama.

Manakala Hishamuddin pula berkata, beliau juga berharap pindaan kepada akta-akta berkenaan akan dilakukan sekaligus sebagai tanda bahawa kerajaan serius dalam memperbaiki undang-undang tersebut.

Tambahnya, semakan undang-undang ini akan mula dibentang dalam sidang Parlimen Oktober ini selepas mendapat maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan dalam isu ini serta pandangan daripada agensi serta jabatan terlibat.

“Dalam tempoh seminggu ini, kita akan kembali kepada ketiga-tiga menteri terlibat bersama pandangan dan input yang telah kita bincangkan tadi. Dan seminggu lagi untuk memperkemaskannya.

“Kita juga kena berjumpa dengan pihak-pihak berkepentingan. Kita perlu berhubung dengan kesemua pihak ini. Mereka perlu faham mengapa kita buat pindaan-pindaan ini,” katanya.

ADS