Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liow enggan ulas spekulasi dilantik timbalan presiden
Diterbitkan:  Aug 31, 2009 2:37 PM
Dikemaskini: 6:45 AM

Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai enggan membesar-besarkan spekulasi bahawa beliau akan dinamakan bagi

mengisi kekosongan jawatan timbalan presiden setelah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat dari parti Rabu lalu ekoran isu skandal seksnya dua tahun lepas.

liow tiong lai Menteri Kesihatan itu berkata perkara tersebut tidak pernah terlintas di fikirannya.

"Saya tak pernah terfikir atau terlintas dalam fikiran saya (mengenai soal pelantikan itu)," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 di Bangunan Parlimen di ibunegara hari ini, lapor Bernama.

Liow berkata soal kedudukan dalam parti tidak penting, tetapi para ahli parti mesti bersatu dalam menghadapi krisis parti.

"Yang penting ialah kekuatan parti dan kita mesti bersatu padu untuk selesaikan masalah ini dengan cepat," katanya.

Berikutan pemecatan Chua, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini telah mengarahkan supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa parti, yang difahamkan antara tujuannya ialah untuk mendapat sokongan perwakilan terhadap keputusan Majlis Presiden memecat Chua.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS