Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO Islam desak lagi Jeff Ooi letak jawatan
Diterbitkan:  Sep 9, 2009 2:56 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

Forum Penyelarasan Umat (Forum) hari ini melancarkan kempen mengutip tandatangan rakyat bagi mendesak anggota parlimen Jelutong, Jeff Ooi, memohon maaf dan meletak jawatan kerana mengaitkan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis.

Wakil Forum, Md Roslan Hashim berkata kempennya itu disokong oleh 30 NGO Islam di negeri itu.

Md Roslan berkata kebanyakan maklum balas yang diterima bersetuju dan berpendapat Ooi, yang juga ketua staf Pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng, harus meletak jawatan.

"Kami menyasarkan 100,000 tandatangan rakyat bagi membuktikan bahawa masyarakat kini menolak pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam," katanya.

Md Roslan berkata beliau bercadang untuk berjumpa Lim untuk menyelesaikan isu itu sebelum ia merebak.

"Kami akan berusaha mengadakan satu pertemuan dengan Lim bagi mendapatkan penjelasan mengapa Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga hari ini," katanya. BERNAMA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS