Muzium pamer sajian tradisi Hari Raya
Sep 10, 09 3:32pm
Orang ramai kini boleh menyaksikan keunikan sajian tradisi Melayu untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri terutama daripada segi cara penyediaan serta peralatan yang digunakan menerusi Pameran Nostalgia Sajian Raya yang kini berlangsung di Muzium Negara sehingga 4 Okt.

Ketua Pengarahnya Ibrahim Ismail berkata pameran itu bertujuan mendedahkan kepada orang ramai mengenai keunikan dalam penyediaan sajian dan kuih raya tradisional seperti dodol, lemang dan bahulu.

"Ini merupakan antara langkah yang dilakukan oleh pihak muzium dalam memartabatkan warisan negara di samping beberapa pameran tetap yang diadakan," katanya kepada Bernama.

Ibrahim berkata antara program menarik sempena pameran itu ialah demonstrasi penyediaan sajian dan kuih raya oleh pakar masakan yang dijemput khas dari beberapa negeri di seluruh negara.

Katanya demonstrasi itu bertujuan mendedahkan secara lebih jelas kepada para pelancong khususnya pelancong luar negara mengenai keunikan penyediaan makanan tradisional Malaysia. BERNAMA
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner