Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes gigit: Nasib Tian diketahui 22 Okt
Diterbitkan:  Sep 25, 2009 5:51 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 22 Okt ini untuk membuat keputusan terhadap anggota parlimen Batu, Tian Chua atau Tian Chua Chang yang didakwa mencederakan seorang anggota polis pada Disember 2007.

Majistret Mohd Faizi Che Abu menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar hujah-hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan hari ini.

Tian, 46, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen pada 11 Dis 2007, pukul 10.45 pagi.

Bagi kesalahan tersebut beliau didakwa bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding kes ini dijalankan, seramai lapan saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan.

Tian Chua diwakili peguam bela Ranjit Singh sementara Timbalan Pendakwa raya Lee Keng Satt mengendalikan pendakwaan. BERNAMA

ADS