Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sekatan ditarik balik, Mano berlepas ke Tanzania

Semua sekatan ke atas bekas tahanan ISA, M Manoharan, termasuk larangan keluar negeri, telah ditarik balik berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu membolehkan Manoharan, yang juga ADUN DAP bagi Kota Shah Alam, berlepas ke Tanzania untuk menghadiri persidangan Persatuan Parlimen Komanwel.

manoharan Manoharan berlepas pada malam Rabu bersama Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim dan Timbalan Speaker, Haniza Talhar.

Beliau dimaklumkan mengenai statusnya pada hari Rabu, beberapa jam selepas beliau dijadual berlepas menghadiri persidangan itu.

"Tiga anggota polis datang ke pejabat saya dan memberitahu bahawa mereka telah menarik balik semua sekatan terhadap saya.

"Mereka tidak memberitahu mengapa keputusan mengejut dibuat untuk menarik balik semua sekatan tersebut.

"Tetapi ini bermakna saya telah dilepaskan dari semua syarat pembebasan saya daripada tahanan ISA. Saya amat bersyukur," katanya kepada Malaysiakini sejurus sebelum berlepas ke Tanzania malam Rabu lalu.

Baca berita penuh

ADS