HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
Singkir anasir pembangkang di GLC
Abdul Rahim Sabri
Okt 16, 09
12:58pm
Kerajaan digesa supaya melakukan proses pemutihan terhadap syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang didakwa menyokong pembangkang.

Gesaan tersebut oleh wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di PWTC hari ini.

Beliau berkata, proses pemutihan itu penting penting untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan dan Umno.

Ini kerana, katanya, terdapat di kalangan ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan kakitangannya yang menyokong pembangkang.

"Mereka membenarkan ceramah pembangkang dalam premis mereka sendiri.

"Berikan perhatian kepada ahli Umno yang setia kepada parti dan yang berkelayakan, agar dapat menjalinkan hubungan baik dengan GLC," katanya.

Yahya juga juga mendesak pucuk pimpinan parti untuk menimbang memberi pengiktirafan kepada ketua cawangan Umno di Wilayah Persekutuan.

"Dengan nada sedih dan kecewa terdapat kementerian dan agensi kerjaaan apabila ada surat daripada ketua-ketua cawangan, tidak pernah diendahkan dengan alasan politk tidak boleh masuk campur urusan kerajaan.

"Oleh itu saya harap lepas ini surat, pandangan dan tandatangan ketua cawangan diguna pakai," kata Yahaya Mat Ghani sambil menambah bahawa ia penting untuk memastikan sokongan mereka terhadap Umno.

Yahaya juga menasihati ahli Umno agar menunjukkan sikap yang kuat terhadap perjuangan Umno yang dillihatnya semakin longgar dan longlai.

Sehubungan itu, beliau mnecadangkan agar kursus-kursus kepimpinan diberikan kepada ketua-ketua cawangan untuk merapatkan hubungan dengan akar umni bagi menghadapi pilihan raya ke-13.

Beliau juga meminta kepada pucuk pimpinan pusat agar menyalurkan peruntukan berdasarkan kepada jumlah ahli di cawangan bagi menggerakkan usaha untuk menarik ahli baru dan menubuhkan cawangan baru.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner