Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya ‘jengok-jengok' syarikat minyak negara - Petronas - yang sering mendapat perhatian pembangkang.

Gesaan itu dibuat oleh wakil Umno Kedah, Datuk Paduka Md Rozai Shafian ketika membahas ucapan dasar presiden Umno di PWTC hari ini.

"Mengapa Petronas akhir-akhir ini jadi bahan kuat yang diguna oleh pihak pembangkang dalam siri kempen pilihanraya kecil di negara ini.

"(Sudah) sampai masa Datuk Seri (Najib) jenguklah Petronas supaya jangan kerana sudah satu dua ‘bad apple' (yang tidak baik) kita hadapi masalah yang besar pada masa akan datang," katanya.

Isu mengenai syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) turut dibangkitkan oleh perwakilan lain yang mendakwa pengaruh pembangkang telah menyerapi syarikat berkenaan.

Sebelum itu, wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani menggesa kerajaan supaya melakukan proses pemutihan terhadap GLC terbabit yang didakwa menyokong pembangkang.

Katanya, proses pemutihan itu penting penting untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan dan Umno.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS