Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cukai individu turun 1%, pelepasan diri RM9,000
Diterbitkan:  Oct 23, 2009 5:35 PM
Dikemaskini: 11:15 AM

Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan lagi daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa mulai tahun depan.

Manakala kadar pelepasan diri, dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM9,000.

income tax form 310306 "Ini bermakna, setiap pembayar cukai akan menikmati peningkatan pendapatan bolehguna sebanyak RM1,000," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan bajet di Parlimen hari ini.

Menurutnya, penambahan pelepasan itu juga akan berkuatkuasa tahun depan.

Di samping itu, kerajaan juga menaikkan kadar pelepasan cukai untuk tujuan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan premium insurans hayat dari RM6,000 sekarang kepada RM7,000 - meningkat RM1,000.

Manakala pembayar cukai individu yang melanggan jalur lebar turut diberi pelepasan sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

Menurut perdana menteri, kadar cukai maksimum bagi koperasi juga turut diturunkan kepada 26 peratus, manakala kadar cukai bagi individu pemastautin dikurangkan kepada 26 peratus.

Katanya, bagi menarik lebih ramai bakat dari dalam dan luar negara serta bagi merancakkan lagi pembangunan Wilayah Iskandar

Malaysia, kerajaan mencadangkan satu insentif cukai yang perdana menteri, amat inovatif dan radikal.

Berikutan itu, kerajaan mencadangkan cukai ke atas pendapatan penggajian bagi pekerja berpengetahuan rakyat Malaysia serta asing yang bermastautin dan bekerja di Iskandar Malaysia, dikenakan cukai pada kadar 15 peratus, berbanding dengan kadar maksiumum 26 peratus untuk seluruh negara.

NONE Katanya, mereka yang akan menikmati layanan cukai ini adalah dalam aktiviti yang layak seperti teknologi hijau, bioteknologi,

perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan, industri kreatif, khidmat nasihat kewangan dan konsultasi serta perkhidmatan logistik dan pelancongan.

"Mereka mestilah menambah nilai dalam aktiviti yang diceburi.

"Galakan ini ditawarkan kepada mereka yang memohon dan mula bekerja di Iskandar Malaysia sebelum akhir tahun 2015, dan akan menikmati insentif ini secara berterusan.

ADS