HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
Segelintir khatib langgar arahan Jais
Salhan K Ahmad
Nov 13, 09
12:06pm
Hanya segelintir khatib yang melangar garis panduan yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kata exco hal ehwal agama negeri Datuk Dr Hasan Ali.

Tambahnya, kes-kes tersebut bagaimanapun tidak diambil mudah oleh Jais yang menugaskan pegawai penyelaras masjid untuk memantau situasi berkenaan daripada terus berulang.

"Hanya terdapat dua tiga kes saja khatib yang terkeluar daripada garis panduan yang ditetapkan. Ini jumlah kecil daripada lebih 500 masjid dan surau yang dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat.

"Jais tidak ambil mudah perkara ini kerana melibatkan tanggungjawab yang diletakkan oleh Sultan untuk jadikan masjid sebagai zon larangan politik,” katanya lagi ketika menjawab soalan lisan dalam sidang DUN Selangor hari ini.

"Kita sentiasa bersama Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk menentukan supaya perkara ini tidak berlaku lagi."

Dr Hasan menjelaskan, garis panduan Jais menetapkan, antaranya, khatib tidak dibenarkan menambah kandungan dalam teks khutbah yang telah disediakan oleh jabatan.

"Teks khutbah mestilah teks semasa yang dikeluarkan Jais," katanya, menjawab soalan Datuk Mohammad Bushro Mat Johor (BN-Paya Jaras).

Jais juga menetapkan supaya semua khatib termasuk khatib jemputan supaya mendapat tauliah daripada jabatan itu sebelum dibenar menyampaikan khutbah, tambahnya.

Katanya, khatib juga tidak dibenarkan mengulas isu politik atau menyentuh sentimen perkauman, manakala khutbah mestilah disampaikan dalam tempoh 15 hingga 20 minit sahaja.

"Khatib juga mesti berpenampilan kemas dan tidak boleh berupa seperti individu-individu yang dibenci masyarakat," kata Dr Hassan lagi.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner