HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
K'jaan pandang serius ciplak di IPT
Nov 16, 09 3:54pm
Kementerian Pengajian Tinggi sangat memandang serius sebarang kes ciplak yang berlaku di institusi pengajian tinggi (IPT) dan tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah penciplakan.

Timbalan menteri berkenaan Dr Hou Kok Chung berkata kementerian itu juga berpendapat bahawa satu kes plagiat yang melibatkan dua anggota akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini sewajarnya dikenakan hukuman lebih berat.

"Namun sesuai dengan dasar autonomi yang diberikan kepada IPT berhubung pengurusannya, maka kementerian tiada pilihan tetapi menghormati kebijaksanaan jawatankuasa pengurusan UPM yang telah menimbang dan membuat keputusan terhadap kes itu.

"Jawatankuasa itu telah memutuskan supaya kedua-dua ahli akademik terbabit diberi peringatan pentadbiran dan mengarahkan agar diberhentikan jualan buku-buku yang telah diterbitkan, naskhahnya ditarik balik serta-merta serta dimusnahkan.

"Bayaran royalti kepada mereka berdua juga dipulangkan kepada pihak universiti," katanya menjawab soalan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dzulkefly ingin tahu mengapa tindakan tegas tidak diambil terhadap dua anggota akademik UPM yang terlibat dalam kesalahan menciplak penerbitan buku panduan untuk universiti itu. BERNAMA
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner