Laporan wakil rakyat seleweng 24 Nov
Nov 16, 09 4:57pm
Laporan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan wang peruntukan anggota parlimen dan ADUN akan dibentangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada sebuah panel khas pada 24 Nov ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamad berkata laporan oleh pasukan khas menangani penyelewengan berkenaan akan dibentangkan kepada Panel Perundingan dan Pencegahan SPRM yang dijadual bermesyuarat pada tarikh berkenaan.

"Setelah ia dibentangkan, maka atas cadangan dan penambahbaikan oleh mereka, jika ada, barulah kita akan mengemukakan cadangan itu kepada pihak-pihak berkenaan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Penubuhan pasukan khas itu adalah bagi memantau dan mengatasi kegiatan penyelewengan peruntukan anggota parlimen dan ADUN daripada terus berlaku dan ia dikendalikan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan.

Abu Kassim enggan mengulas ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji. BERNAMA
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner