S'gor berentap lagi dengan Puncak Niaga
Abdul Rahim Sabri
Nov 25, 09
4:11pm
dikemaskini Selangor tidak akan bertanggungjawab terhadap kenyataan syarikat pengurusan air Puncak Niaga yang mengumumkan keuntungan berlipat kali ganda, antaranya hasil bayaran ganti rugi kerajaan negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga berkata Selangor tidak akan membuat pembayaran ganti rugi itu kepada Syarikat Bekalasan Air Selangor (Syabas), anak syarikat Puncak Niaga, apabila enggan menerima tarif baru bekalan air.

Beliau mengulas keuntungan bersih Puncak Niaga yang diumumkan semalam sebanyak RM46.7 juta daripada dua sumber hasil utama, peningkatan pendapatan akibat kenaikan harga air dan ganti rugi daripada kerajaan Selangor.

"Kerajaan negeru berpendapat kenyataan Puncak Niaga semalam adalah satu overstatement of profit (anggaran berlebihan berhubung keuntungannya) dan syarikat itu perlulah bertanggungjawab kepada pemegang sahamnya dalam isu ini," kata Abdul Khalid di sidang media selepas mesyuarat exco negeri di Shah Alam petang ini.

"Kerajaan negeri juga tidak akab bertanggungjawab ke atas laporan yang dikeluarkan oleh Puncak Niaga mengenai peningkatan keuntungan tersebut."

Dalam sidang media itu juga, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor tidak pernah mempersetujui kenaikan tarif air oleh Syabas, pada April lalu.

"Dalam mesyuarat lembaga pengarah, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) – syarikat milik kerajaan yang menjadi wakil Selangor – amat konsisten dalam menyatakan bahawa Syabas perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri dalam menentukan tarif air.

"Oleh kerana tiada persetujuan dalam hal ini, maka isu ganti rugi tidak timbul," katanya.

Menurutnya lagi, Selangor kini dalam proses rundingan dengan kerajaan persekutuan dan syarikat konsesi air dan berharap agar dapat mencapai penyelesaian yang akan memanfaatkan seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner