Suhakam: Pasang alat pengesan gerak di penjara
Nov 25, 09 7:41pm
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini mencadangkan kerajaan memasang alat pengesan gerakan di semua penjara di
negara ini bagi mengelakkan berlakunya kejadian bunuh diri di dalam sel.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam berkata Jabatan Penjara Malaysia juga perlu kerap menjalankan pemeriksaan kesihatan banduan supaya kejadian tahanan mati di dalam penjara dapat dielakkan.

"Alat pengesan gerakan itu dapat memantau pergerakan banduan dengan lebih tepat bagi mengelak cubaan bunuh diri.

"Sebagai contoh, jika alat itu dapat mengesan banduan yang tidak bergerak lebih daripada 20 minit, itu menunjukkan kemungkinan berlaku sesuatu terhadap banduan itu dan warden penjara boleh melakukan pemeriksaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Penjara Ayer Molek di Johor Bahru hari ini.

Lawatan itu dibuat berikutan kematian seorang tahanan J Saravanan, 22, yang dijumpai tergantung dari sebuah kekisi, menggunakan sarung bantal dan tuala yang diikat bersama, kira-kira 9 malam, 15 Nov lepas.

Siva Subramaniam berkata banduan yang terbabit dalam kes berprofil tinggi seperti sumbang mahram, rogol atau bunuh juga perlu diklasifikasikan sebagai cenderung untuk membunuh diri sekaligus tertakluk untuk menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk rawatan sakit jiwa.

Mengenai kematian Saravanan, beliau berkata taklimat terperinci mengenai kejadian itu sudah diberikan kepadanya.

Siva Subramaniam berkata, beliau perlu meneliti laporan polis dan penjara yang dijangka diterimanya bulan depan sebelum mengulas sama ada kematian lelaki itu disebabkan kecuaian pegawai dan kakitangan penjara. BERNAMA
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner