Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kami takkan berjaya tanpa sokongan anda semua'
Diterbitkan:  Nov 28, 2009 9:15 PM
Dikemaskini: Nov 29, 2009 9:36 AM

Pengasas bersama, Steven Gan dan Premesh Chandran, malam ini mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan Malaysiakini di atas sokongan mereka yang membolehkan portal berita tersebut, 'bebas dari segi kewangan' sejak 10 tahun lalu.

NONE Berucap di majlis makan malam sempena ulangtahun ke-10 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Steven memberitahu 1,000 orang hadirin bahawa moto tersirat mereka selama ini ialah "media yang bebas perlukan sumber kewangan yang bebas".

"Hari ini, Malaysiakini merupakan salah satu daripada dua lamanweb berita di dunia - sabuah lagu ialah Wall Street Journal - yang berjaya melaksanakan model langganannya," kata Gan yang juga ketua pengarang kumpulan Malaysiakini.

"Bila editor online dari New York Time datang ke Kuala Lumpur untuk bercakap mengenai model perniagaan kami, jelas sekali kami telah mengambil langkah yang betul.

"Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang sanggup membayar RM20 sebulan untuk membaca Malaysiakini ."

NONE Sementara itu, Premesh pula berkata, pelanggan Malaysiakini telah sanggup mengorbankan perbelanjaan mereka, walaupun wujud kandungan percuma di tempat lain.

"Lebih 117,000 berita dan 2,000 video dalam empat bahasa, disajikan kepada dua juta pembaca unik - ketika kami melancarkan Malaysiakini , tidak terlintas langsung yang ia akan sampai sejauh ini.

"Malah, Malaysiakini telah melepasi jangkaan pengasasnya, kakitangan dan semua mereka yang menaruh kepercayaan kepada kami," kata Premesh.

NONE Menurut Premesh, ulang tahun ke-10 ini menandakan "tamat Bab 1 cerita Malaysiakini ."

"Apa yang sebelum ini merupakan air lautan biru yang berbahaya kini telah menjadi 'lautan merah' dengan kemunculan satu demi satu, portal berita bebas yang baru.

"Manakala Bab1 adalah mengenai pembinaan sebuah bahtera di lautan yang bergelora, Bab 2 pula nampaknya ialah untuk mengemudinya di lautan bergelora, menuju wilayah baru untuk diterokai, membina kelebihan persaingan baru dan mencari audien baru."

" Malaysikini akan melakukan perjalanan ini dengan semangat yang sama sepertimana kami lakukan 10 tahun yang lalu. Kami sedang bersiap sedia untuk melangkah ke ruang TV internet dan mudahalih, serta menerokai media sosial.

NONE "Matlamat kami ialah untuk membina kemampuan mencapai setiap rakyat Malaysia dan seterusnya. Seperti juga sebelum ini, ia hanya boleh dicapai dengan sokongan anda semua.

Steven pula, dalam ucapannya merujuk kepada ahli falsafah Cina - Lao Tzu - bagi menjelaskan misi Malaysiakini.

Lao Tsu berkata: Temui rakyat. Hidup bersama mereka, belajar dari mereka. Sayangi mereka. Mula dengan apa yang mereka tahu. Bina dengan apa yang mereka ada. Tetapi dengan pemimpin terbaik, apabila kerja sudah siap, tugas sudah berjaya, rakyat akan berkata, 'kita telah melakukan ini sendiri'

"Dan begitu juga dengan Malaysiakini, ianya bukan hanya setakat sampai ke destinasi kami, yang penting. Bila kami sampai ke sana - diharap secepat mungkin - rakyat Malaysia akan berkata, 'kita telah melakukannya bersama'.

Para hadirin termasuk wakil dari pembangkang dan kerajaan, termasuk Timbalan Menteri Penerangan, komukasi dan kebudayaan, Senator Heng Seai Kie serta wakil-wakil dari MCA. Timbalan ketua pemuda Gerakan, Oh Tomg Keong turut hadir. Manakala Muthu Palaniyapan dari MIC dan ahli parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing masing-masing turut membeli meja di majlis ulangtahun ke-10 Malaysiakini malam tadi.

Turut bersama memeriahkan majlis semalam ialah penyokong media bebas.

Begitu juga para pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir beramai-ramai, termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pengarah strategi PKR, Tian Chua serta exco kerajaan Selangor Teresa Kok, Elizabeth Wong dan Xavier Jayakumar.

Manakala DAP pula antara lain dihadiri oleh pengarah strateginya Tony Pua, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu dan ADUN Teratai Jenice Lee.

Tidak ketinggalanialah ahli parlimen PAS dari Shah Alam Khalid Samad yang turut hadir malam ini.

Malah rakan-rakan yang menjadi penyokong kuat Steven dan Premesh sejak zaman aktivis dulu lagi, datang dari dekat dan jauh untuk meraikan ulangtahun Malaysiakini.

Mereka termasuklah Sasa Vucinic, antara mereka yang telah menaruh kepercayaan untuk melabur dalam Malaysiakini di peringkat awal kelahirannya, wakil-wakil media antarabangsa dan bekas anggota Network of Overseas Student Collectives in Australia (NOSCA) yang turut dianggotai Premesh dan Steven suatu ketika dulu.

Turut hadir ialah Ketua Editor Herald Tribune bagi Asia, Leonard M. Apcar dan yang lain-lainnya yang datang dari sejauh Hong Kong, Bangkok dan London.

ADS